16 February 2014

7 Prinsip Makan Yang Baik Semasa Kehamilan



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Apakata dalam entry kali ini kita berbicara tentang pemakanan bagi ibu-ibu dan bakal ibu? Tentu ada di kalangan pembaca yang akan mendapat manafaatnya kan?


Ada 7 perkara penting yang amat ditekankan dalam prinsip makan yang baik semasa ibu2 mengandung.  




1. UBAHLAH CARA MAKAN ANDA, MESKIPUN ANDA SUDAH MAKAN DENGAN BAIK
 
Sekiranya anda sedang hamil maka diet makanan anda harus mengikuti diet makan untuk ibu hamil. Pada masa ini, anda memerlukan lebih banyak protein, kalori (untuk energi), vitamin dan mineral seperti asid folic dan zat besi untuk perkembangan bayi anda juga. 


2. HINDARI MAKANAN YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN IBU DAN JANIN
Elakkan daripada memakan daging dan telur mentah, keju, susu yang tidak dipastur,  alcohol, juga cafein.


3. JANGAN DIET SELAMA KEHAMILAN
Kehamilan bukan masa yang tepat untuk diet kerana anda hanya akan membahayakan diri sendiri dan bayi. Jangan terlalu ambil kisah dengan berat badan yang bertambah kerana sememangnya semasa hamil, berat anda akan berubah.  Diet selama hamil akan menyebabkan kurang vitamin, mineral dan lain-lain yang penting selama kehamilan. Pertambahan berat badan pada kehamilan merupakan salah satu tanda yang baik pada kehamilan yang sihat. Ibu hamil yang makan dengan baik akan bertambah berat badannya secara bertahap, umumnya akan melahirkan bayi yang sihat. 


4. MAKAN DENGAN JUMLAH KECIL TAPI  KERAP
Pada trimester pertama biasanya terdapat keluhan mual muntah (morning sickness), cubalah atasi dengan makan dengan jumlah yang sedikit  tapi kerap, hindari makanan pedas dan berminyak.  Ingatlah meskipun anda tidak lapar tetapi bayi anda memerlukan  makanan/nutrisi secara teratur. 


5. MAKAN VITAMIN SECARA TERATUR
Makanan yang anda makan adalah sumber vitamin yang paling baik—tetapi apakah anda yakin diet makanan anda cukup mengandung vitamin yang diperlukan selama kehamilan? Untuk itu anda sebaiknya makan vitamin anda secara teratur. Biasanya untuk ibu hamil bagi trimester pertama, amat digalakkan untuk mengamalkan Vitalea/Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix @ Calsium. Manakala untuk bulan2 seterusnya ditambah dengan Omega Guard. 


6. MINUM AIR YANG CUKUP
8 gelas sehari. Kerana anda perlu  cairan yang cukup bagi anda dan juga bayi anda. 33 % pertambahan berat badan pada kehamilan adalah cairan. Cairan diperlukan  untuk membangun sel darah merah bayi untuk system sirkulasinya, cairan ketuban. Tubuh anda juga perlu air selama kehamilan untuk mengatasi komplikasi  dan mengatur suhu tubuh anda. 


7. MAKANAN BERSERAT, BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Perbanyaklah makan makanan yang berserat tinggi , buah-buahan dan sayuran.

Dengan melakukan cara makan yang sihat, bukan hanya membuat ibu hamil fit dan sihat, tapi juga membantu perkembangan yang sihat bagi bayi anda.

Ingatlah perkembangan bayi anda sangat bergantung  dari apa yang anda berikan dan lakukan baginya. Kalau anda sayangkan anak anda, tentu anda akan memberikan yang terbaik untuk mereka kan?

For more details boleh email di

lylin.namz@gmail.com
/
pm/watsapp 0175312634


Serta Lynn akan guide semua customer2 yang purchase dengan Lynn SAHAJA :) Dan jangan risau, Lynn akan guide dan ajar juga cara2 penggunaan produk shaklee dengan betul.



MY ID NUMBER : 1100527
#andasihatsayahappy


No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...