29 December 2013

Cara Makan Set Kesuburan Shaklee


 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum

Kali ni lynn nak cerita cara makan set kesuburan shaklee step by step. Kita kan nak merancang kehamilan mestilah jaga kesihatan.

Cara makan isteri

Fasa Pertama:
Baru pertama kali makan GLA. Nak stabilkan hormon badan semula.

1. Vitalea - 1 biji selepas sarapan setiap hari. Jangan makan vitaela dengan makanan dan minuman berasaskan susu.

2. GLA Complex -  1biji selepas sarapan & waktu malam sebelum tidur.

3. Bagi tujuan kesuburan, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI. Bagi bulan pertama, makan semasa hari pertama haid sampai period semula.

4. Anda mesti ambil perhatian, semasa bulan pertama makan GLA, anda patut tahu bila tarikh anda sepatutnya datang bulan. Contohnya, bulan lepas kitaran anda 28 hari. Jadi bulan ni lebih kurang 28 hari juga.

5. Kalau dah masuk 30 hari tak period lagi, buat Urine Pregnancy Test. Kalau ujian UPT positif dan anda sah mengandung, terus BERHENTI MAKAN GLA yaaa...

6. Kalau tak hamil dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat kedua pula.





Fasa kedua : 
1. Kira berapa hari kitar period anda. Berapa hari? Untuk contoh n kita ambil 30 hari ye.

2. Kemudian bahagikan kitaran anda dengan 2. Contoh 30 hari bahagi 2 ialah 15 hari.

3. In shaa Allah waktu subur anda pada hari ke 15 selepas haid.

4. Makan GLA complex sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke 14. Sebiji sehari ye.

5. Pada hari ke 15, berhenti makan GLA. Walaupun anda berhenti makan GLA, vitalea masih makan macam biasa.

6. Buat ujian UPT sekiranya haid tak datang macam biasa.

7. Jika haid datang macam biasa, ulang FASA ke 2 ini sehinggalah hamil ya. In shaa Allah..Jika anda hamil, terus STOP  makan 
GLA.

Cara makan suami

Selesai bahagian wanita, kita masuk bahagian lelaki pula.

1. Makan 2 biji Zinc Complex sebelum breakfast.
2. Kemudian selepas lunch, ambil 2 biji Vitamin E ya.

Simple kann??

PERHATIAN : 

1. Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha shj ya,taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan dan pastinya rezeki ini datangnya dari Allah S.W.T ! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

2. Vitamin perlu dimakan menurut sukatan ya. Jangan terlebih dos yang ditetapkan.

3. Minum 3 liter air sehari.

In shaa Allah

Kita hanya mampu berusaha, Allah sebaik2 perancang.

Anda mesti nak diskaun dan HARGA ISTIMEWA kannnn??

Contact lynn 017-5312634 (watsapp pun boleyyy)


26 December 2013

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalamualaikum

Siapa yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee..

Mesti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada Produk berasaskan Teh.



CINCH ENERGY TEA MIX ini termasuk dalam Set Kurus Shaklee...

Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee:


Sebab ia boleh membekalkan tenaga kepada yang tengah dalam proses diet yang sihat untuk kurus...


  Lynnnak kongsikan dengan kawan-kawan kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX ini


* sebagai penggalak TENAGA semulajadi

* Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan

* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 



1) TAURINA

2)MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun

3)RED TEA EXTRACT

4)WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum

5)ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai 

THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)


Tahukah kawan-kawan perbezaan Teh ini dengan teh-teh lain yang anda minum?



sebab banyaknya ekstrak dalam ia..


Mari Lynn cerita fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini


1) MATCHA GREEN TEA

* antioksida yang sangat tinggi

* energy booster

* metabolisme booster

* bakar kalori up to 4x



2) TAURINA

* menggalakkan metabolisme

* lebih bertenaga

* larutkan lemak

* membantu menghasilkan otot tanpa lemak



3) WHITE TEA

* membakar lemak-lemak berlebihan

* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu

* meningkatkan metabolisme

* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.



4) ROOIBOS RED TEA

* melarutkan lemak

* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak

* agen detox yang kuat



5) RED TEA

* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -

pejuang kanser yang kuat

* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas

*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak



CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, 

malah ia :



1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)

2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi

3) Mengurangkan kolestrol

4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya

5) Menguatkan tulang

6) Antibakteria dan antiviral

7) Menggalakkan kulit yang sihat

8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis

9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit

10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan



Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. 



Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.



CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.



BOLEH MINUM PANAS diperah dengan  LEMON ATAU HALIA




Siapa yang nak order, bolehlah hubungi Lynn

sms /whatsapp untuk lebih cepat reply

017-5312634

fb lynn : Lylin namz


#andasihatsayahappy

25 December 2013

Kulit Gebu Dengan Masker ESP Shaklee

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum

Disini lynn nak share cara buat masker yang mudah dan berkesan. 
In shaa Allah.




[[Bahan-bahannya]]
1. Plain Yogart (Saya beli jenama Nestle) kat pasaraya ada banyak je. Yang     penting bukan yang berperisa ye.. kan tak pasal-pasal melekat strawberi kat muka.hihihi.. 
2. Energizing Soy Protein (ESP)
3. Piring
4. Sudu kecik

Extra:
1. Vitamin E Complex Shaklee (Tebuk dan picit keluarkan isinya)


[[Cara-caranya]]

1. Ambil piring

2. Masukkan 1 or 2 sudu yogurt ke dalam bekas (agak-agak untuk sekali pakai je tau. Kang membazir pula kalau lebih)

3. Ambik 1 sudu kecil Energizing Soy Protein (ESP).

4. Kalau anda ada beli Set Kecantikan, boleh tebuk vitamin E yang comel tu kemudian picit dalam 1 ke 2 titik sahaja. (jangan habiskan. 1 biji boleh guna dalam 3 ke 4 kali. Lepas tebuk simpan semula dalam peti ais).

5. Pastikan muka anda sudah dibasuh bersih ya puan-puan..dan lap kering-kering menggunakan tuala bersih.

6. Kacau sebati adunan tadi. Bila dah nampak sebati molek, boleh la sapu ke muka. Kalau ada berus (yang macam kat spa-spa tu,guna la. Saya guna jari je..;))

7. Buat la tebal-tebal pun..habiskan adunan tadi. Kalau still ada baki juga, sapu la kat tumit yang merekah ke, kat lengan yang berparut ke tak ada lah membazir kan??

Tunggu lebih kurang 20minit atau sehingga kering, baru lah dibasuh.

Selepas itu,anda dah dapat merasakan perubahan pada wajah anda.. Bila dah 3 4 kali pakai, dah mula rasa kulit muka makin tegang dan glowing.. Gebuu habiss..;))

Amalkan la ye..sambil minum sambil bermasker..anda pasti tak menyesal!!!Kulit gebu dan licin bukan lagi mustahil!
Nak lagi best banyakkan zikir untuk kecantikan rohani.  Selamat mencuba semua..da try nanti ley la share dengan lynn kesannya nanti..;))

                                                        #andasihatsayahappy

22 December 2013

Produk Shaklee

ALFALFAZINC COMPLEXVIVIXVIT-CVITA-EVITALEAVITA-LEA FOR CHILDRENPEPPERMINT GINGER PLUSOSTEOMEGAGUARDNUTRIFERONMEALSHAKELECITHINJHTGLA- COMPLEXHERB=LAXGARLICDTXESPCOLLAGEN POWDERCINCH ENERGY TEA MIXCAROTOMAXB-COMPLEXALFALFA

Set Shaklee! (Set A - M)

Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.


Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.


Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.


Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.


Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.


Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan (Set B) bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.



Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.


Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.


Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.


Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.


Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.


Triple M set - set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

19 December 2013

Status Halal Shaklee

BUKTI PRODUK SHAKLEE HALAL


Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:
* Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA)
.
* INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.
***Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.****

* JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
United States of America Islamic Services America
Dari website Jurnal Halal
# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.
6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.
dari website rasmi JAKIM
# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.

Dari keratan Akhbar

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia

KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.
In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.
Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

PM / Details

NOOR AZLIN BINTI MOHD ZAMAN

TEL   : 017-5312634

Email : lylin.namz@gmail.com

Facebook : Lylin namz

Page FB   : Lynn_mall
  
1) Emailkan semua pesanan anda ke azlin_zaman@yahoo.com / pm@watsapp 0175312634. In shaa Allah saya akan respon secepat mungkin.

2) Pesanan akan dihantar melalui Pos Laju.

3) Pesanan akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

*** COD : Putrajaya dan kawasan sekitarnya.


Senarai Harga Produk Shaklee


Dibawah adalah senarai harga runcit produk shaklee......pada mereka yang inginkan harga DISCOUNT boleh beli menggunakan ID saya 1100527 di mana2 cawangan Shaklee seluruh Malaysia.


atau


send DISCOUNT ke no 017-5312634....untuk dapatkan harga special!!!!






*Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM10 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak.


18 December 2013

Sihat & Cantik Bersama Shaklee : Pengenalan Shaklee

 

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum


Siapa yang ingin sihat dan cantik bersama shaklee mesti nak tahu kan dari mana wujudnya shaklee ni. So, disini saya nak kongsi sikit pengenalan shaklee.

 


Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Shaklee juga merupakan syarikat nutrisi semulajadi no.1 di Amerika Syarikat.

Pada tahun 

1915 - Memformulasi Vitamin Vitalived yang pertama
1956 - Menubuhkan Shaklee Corporation
1960 - Mencipta antara pencuci biodegrasi yang pertama

PERBEZAAN SHAKLEE. Selamat Secara SEMULAJADI, TERBUKTI BERKESAN Selama Lebih 50 Tahun

3 Elemen penting dalam Shaklee adalah 


1. SENTIASA SELAMAT
  • Lebih daripada 80,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
  • Potensi terjamin - Pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
  • Ketulenan terjamin - 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru
  • 100% kepuasan terjamin
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

2. SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
  • Terdapat 70 kajian klinikal bercetak
  • Terdiri daripada 60 saintis Shaklee
  • Terdapat 55 paten dan paten tertunda
  • Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

3. SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa-perasa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak Trans
  • Tiada bendasing tersembunyi
  • Tiada ujian terhadap haiwan
  • Tiada bahan-bahan yang diharamkan
  • Tiada peluntur klorin
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

PRESTASI PRODUK SHAKLEE
  • 7 daripada Time-Life's 25 Greatest Adventures of all Time menggunakan produk Shaklee
  • Mt. Everest  - Rakyat Amerika pertama yang mendaki tanpa oksigen
  • Ekspedisi Calypso dan Alycon oleh Jacques Cousteau
  • Voyager - Penerbangan keliling dunia tanoa henti yang pertama
  • Tiga ekspedisi kutub oleh Will Steger yang telah memecah rekod
  • Projek Daedalus - Mencipta rekod dunia untuk penerbangan yang dijana oleh manusia
  • Gary Hal, Jr - Pemenang pingat emas Olimpik bagi acara bebas 50 meter untuk kali ketiga berturut-turut. 
Sejarah Perkembangan Shaklee - Shaklee Milestone :

1960 - Shaklee memperkenalkan pencuci pekat organik Basic-H® , salah satu pencuci biodegrasi, bebas toksik yang pertama
Shaklee introduces Basic-H® Concentrated Organic Cleaner, one of the first nontoxic,  biodegradable cleaners.

1961 - Shaklee mencipta salah satu rumusan suplemen protein segera berasaskan soya yang pertama

Shaklee creates one of the first soy-based instant protein supplements.

1972 - Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama
Shaklee introduces one of the first biodegradable laundry detergents that contain no phosphates, nitrates, or borates.

1977 - Shaklee disenaraikan dalam Bursa Saham New York. 
Shaklee listed on the New York Stock Exchange.

1981 - Shaklee memperkenalkan Vitamin C berasaskan tumbuhan dengan pembebasan terkawal yang pertaama. 
Shaklee introduces the first plant-based sustained release delivery system for Vitamin C. 

1982 - Shaklee menjadi syarikat Fortune 500
Shaklee becomes a Fortune 500 company.

1993- Shaklee mencipta dan membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelar Astro Aide. 
Shaklee develops and supplies NASA with a customized rehydration beverage for the Space Shuttle Astronauts called AstroAide. 

1996 - Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.
Shaklee-powered world-class athletes win 8 gold medals in Atlanta Games.


2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang menperolehi sijil Climate NeutralTM yang mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar pada alam sekitar. 
Shaklee becomes the first company in the world to be Climate NeutralTM certified to totally offset its greenhouse gas emissions, resulting in a net-zero impact on the enviroment. 

2004 - Shaklee membantu atlit-atlit bertaraf dunia memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece. 
Shaklee-powered world-class athletes win 15 gold medals in Athens, Greece.

2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula imun penggalak interferon semula jadi 
pertama yang dinamakan Nutriferon ®.
Shaklee introduces one of the first natural interferon-boosting immunity formulas called 
Nutriferon®.


2006 - Pasukan Ski dan Luncur Salji Amerika Syarikat yang diperkasai oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Torini, Italy.
 U.S. Ski TEAM and U.S. Snowboarding, Shaklee-powered athletes, win 10 gold medals in Turin Italy. 

2008- Shaklee memperkenalkan VivixTM, penemuan revolusi terbaru dalam anti-penuaan sel. 
Shaklee introduces VivixTM , a revolutionary breakthrough in cellular anti-aging.


"Kami telah membayar lebih daripada $6 bilion kepada insan seperti anda dan menawarkan produk-produk yang membawa perubahan kepada manusia juga bumi ini"

"Masa depan anda bergantung pada apa yang anda pilih" - Dr Forrest C. Shaklee

Pengasas Shaklee - Dr Forrest C. Shaklee 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...