25 December 2013

Kulit Gebu Dengan Masker ESP Shaklee

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum

Disini lynn nak share cara buat masker yang mudah dan berkesan. 
In shaa Allah.




[[Bahan-bahannya]]
1. Plain Yogart (Saya beli jenama Nestle) kat pasaraya ada banyak je. Yang     penting bukan yang berperisa ye.. kan tak pasal-pasal melekat strawberi kat muka.hihihi.. 
2. Energizing Soy Protein (ESP)
3. Piring
4. Sudu kecik

Extra:
1. Vitamin E Complex Shaklee (Tebuk dan picit keluarkan isinya)


[[Cara-caranya]]

1. Ambil piring

2. Masukkan 1 or 2 sudu yogurt ke dalam bekas (agak-agak untuk sekali pakai je tau. Kang membazir pula kalau lebih)

3. Ambik 1 sudu kecil Energizing Soy Protein (ESP).

4. Kalau anda ada beli Set Kecantikan, boleh tebuk vitamin E yang comel tu kemudian picit dalam 1 ke 2 titik sahaja. (jangan habiskan. 1 biji boleh guna dalam 3 ke 4 kali. Lepas tebuk simpan semula dalam peti ais).

5. Pastikan muka anda sudah dibasuh bersih ya puan-puan..dan lap kering-kering menggunakan tuala bersih.

6. Kacau sebati adunan tadi. Bila dah nampak sebati molek, boleh la sapu ke muka. Kalau ada berus (yang macam kat spa-spa tu,guna la. Saya guna jari je..;))

7. Buat la tebal-tebal pun..habiskan adunan tadi. Kalau still ada baki juga, sapu la kat tumit yang merekah ke, kat lengan yang berparut ke tak ada lah membazir kan??

Tunggu lebih kurang 20minit atau sehingga kering, baru lah dibasuh.

Selepas itu,anda dah dapat merasakan perubahan pada wajah anda.. Bila dah 3 4 kali pakai, dah mula rasa kulit muka makin tegang dan glowing.. Gebuu habiss..;))

Amalkan la ye..sambil minum sambil bermasker..anda pasti tak menyesal!!!Kulit gebu dan licin bukan lagi mustahil!
Nak lagi best banyakkan zikir untuk kecantikan rohani.  Selamat mencuba semua..da try nanti ley la share dengan lynn kesannya nanti..;))

                                                        #andasihatsayahappy

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...